top of page
  • Writer's pictureZim Ahmadi

SURAT CINTA AKU UNTUK HYPERPOP: ZEITGEIST ZAMAN INTERNET KACAU BILAU MANIA DUNIA [OP-ED]

Hyperpop merupakan lagu tema yang paling kena dengan kekecohan dunia zaman sekarang



Dear Hyperpop,


Hyperpop sebuah genre muzik luas yang merangkumi unsur-unsur pop 2000- dan 2010-an. Catchiness diterap kecomelan, kekerasan, dan kepelikan. Bunyi yang mengakui keseronokan pop itu terletak pada keringkasannya - simplicity, supposed shallowness, tapi cetek atau tidak, pasti melekat. Selalunya lagu hyperpop akan buat engkau rasa janggal sebab bunyi macam rosak tapi kau masih teruja, mahupun ternyanyi.


Kadang2 benda ni diamati secara ironi, kadang2 secara ikhlas. Oleh sebab genre ini sangat luas, kau akan nampak dua artis yang bunyi mereka agak berbeza tetapi masih dipanggil hyperpop. Contohnya muzik Charli XCX memang antara yang paling pop, tapi artis macam Poppy lebih ke arah metal. Rico Nasty ada elemen hip hop, SOPHIE memang experimental gila babs. Pada aku, asasnya ialah kepelikan yang tidak alah kepada runut "comel".

Aku tak nak buat esei panjang pasal genre hyperpop. Banyak gila online. Tapi aku nak rumuskan cinta aku pada hyperpop melalui single Kero Kero Bonito, 'Only Acting'.


Kero Kero Bonito ialah sebuah trio Britain yang memang dari dulu menyajikan muzik hyperpop. Album 2016 mereka 'Bonito Generation' mengetengahkan bunyi lagu kanak-kanak dengan produksi electropop yang hyper-catchy. Kalau kau minat budaya orang Jepun, Kero Kero Bonito ni orang kata "kawaii". Tambah lagi penyanyi dia, Sarah Bonito, memang kacukan Jepun. Unsur-unsur estetika comel Jepun diadunkan dalam lagu-lagu simple yang bercerita tentang nikmat lompat atas trampoline, macammana burung flamingo boleh jadi warna pink, dan pasal graduation (dengan lagu berjudul Graduation ahah yang memang masuk playlist aku masa konvokesyen).


Bagi aku, muzik pop Kero Kero Bonito era ni memang dah ada jiwa menentang, walaupun lagu dia macam gitu. Aku rasa pop KKB macam menghirup udara segar dalam dunia pop sekarang yang terlalu berlantaskan perkara seksual, cintan atau bajet cool. Ban2 macam ni yang buat aku rasa seperti tak payah pun nak "cool2" ni. Semua orang sekadar pelakon. Baik kau jujur dengan diri sendiri.


Cakap pasal "pelakon", pada tahun 2018, Kero Kero Bonito meriliskan single 'Only Acting'. EP yang keluar sebelum tu, mereka dah mula menunjukkan perubahan haluan muzik dari electropop comel ke indie rock yang berpaksikan 90s sikit-sikit. Tetapi dengan 'Only Acting' kau akan dengar yang mereka dah menjangkaui benda tu dah.


Bermula dengan bunyi garage-esque indie rock, disampaikan dengan suara halus Sarah Bonito, lagu ni pada asalnya biasa. Masuk ke bahagian tengah lagu, kau sedar yang lagu ni semakin lama semakin rabak. Jeritan diseling bunyi dram jatuh. Glitch seperti Zoom call di kawasan rangkaian Internet lemah. Runut filem horror yang menjelma secara tiba2. Sarah Bonito semakin gila.


Lagu ini jadi lagi bermakna dengan senikatanya, menggambarkan keresahan Sarah Bonito terhadap jangkaan orang lain dengan personaliti "kawaii" dia. Ada yang cakap dia "fake". Ada yang cakap dia kena selalukan dan banyakkan "kawaii" tu lagi. Kemanusiannya dicemari orang yang menganggap artis itu sekadar Mesin Cetak Karya Yang Hanya Mempunyai Emosi Untuk Hiburan Anda.


"Only Acting" bagi aku adalah pintu masuk besar untuk dunia hyperpop, dihiasi papan tanda neon, malap tak malap, kelip tak kelip. Barai tapi masih indah. Walaupun ia dikira jinak dikalangan lagu-lagu hyperpop lain yang lebih kasar, sebagai garisan permulaan kau akan masuk dalam landasan yang sama (dan mungkin juga bertemu dengan artis experimental yang tak pop langsung, macam Death Grips)


Setiap generasi ada zeitgeistnya tersendiri, istilah Jerman yang membawa maksud "semangat zaman". Lagu folk protes Amerika Syarikat menjadi zeitgeist 60- ke 70-an dilatarkan Perang Vietnam. Sajak-sajak, puisi politikal Indonesia menjadi zeitgeist Reformasi 1998 (yang mana terselamat). Muzik alternatif menjadi zeitgeist Kuala Lumpur/Ipoh pada 90-an yang terbit bagai matahari yang menjelir lidah terhadap muzik rock kapak dan balada yang tidak menggambarkan remaja slacker berbaju plaid, belia punk yang berambut mohawk.


Pada aku, muzik hyperpop adalah zeitgeist zaman sekarang. Zeitgeist dunia. Ia menggambarkan generasi yang tidak lagi setia kepada genre - dengan Spotify yang berkampung di dalam otak kau sambil tahu algoritma citarasa kau, dengan YouTube recommendations yang menghubungkan berbeza sampai yang lagi muda kadang tahu lebih banyak dari yang tua. Sebab tu kau dengar indie rock, punk, rap, metal, electronic, disco, bersepah dalam satu lagu. Kita berbesar dengan playlists, bukan album ataupun genre.

Ia juga menggambarkan kekecohan dunia yang berkiblatkan sosial media. Bunyi pop menggambarkan estetika polished, professional, atau pakaian "filter-untuk-nampak-lo-fi-baru-cool-kalau-HD-sangat-terlalu-korporat" Instagram. Kecantikan awek kegemaran/jejaka hotstuff baru kau di TikTok dan hidup travelogger yang seperti dikurasi syarikat marketing international (selalunya memang pun).


Bunyi kasar/eksperimental menggambarkan lawannya. Realitinya, kecantikan itu tidak kekal. Untuk setiap meme kucing comel, ada satu gambar kanak-kanak Palestin tercedera. Gambar model belambak, bertindih dengan demonstrasi terhadap diktator Belarus, video haiwan kena dera, berita tergempar global warming terbaru, DUNIA NAK KIAMAT, jangan lupa Shopee ada sale.


Memang dunia dari dulu macam ni, tetapi dengan sosial media berita siaran langsung yang buat naik tekanan darah tidak sahaja terhad di kaca TV atau surat khabar sambil minum kopi. Kekecohan ini terbawa ke tandas, surau, date, gym, sebelum tidur, selepas bangun, dll.

Baru tengok video orang mati eksiden ni masa lunch, aku kembali ke dunia nyata ("apa tu?") lah tak boleh curi tulang.


Mana tak gila? Dan mana lagi genre yang menggambarkan kegilaan ini lebih baik dari hyperpop?


Kita semua pelakon mencari topeng watak masing-masing. Nak main lagu apa untuk persembahan low budget ni? Aku main Kero Kero Bonito.




Post: Blog2_Post
bottom of page